8 CARA MENYIMPAN DUIT


Jom ketahui 8 Cara Menyimpan Duit !!



Mempunyai kewangan yang kukuh dan stabil merupakan impian setiap orang. Simpanan juga merupakan salah satu cara memastikan kedudukan kewangan kita dlm keadaan stabil. Tambah lagi jika simpanan yang kita ada mampu digunakan untuk waktu-waktu kecemasan.

Tetapi masih ramai yg belum mengetahui bagaimana Cara Menyimpan Duit. Pasti ada yg mengamalkan pelbagai tips dan idea yang diperoleh dari banyak sumber. Justeru BALIKTEMBOK ingin berkongsi bagaimana Cara Menyimpan Duit dengan berkesan agar kita dapat memastikan kewangan kita sentiasa bersedia bila diperlukan.

1. Asingkan dahulu untuk diri sendiri. 

Maksud disini adalah merujuk kepada penghargaan untuk diri sendiri. Tentunya setelah penat lelah bekerja kita ingin menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri. Pastikan setiap kali menerima gaji, asingkan sedikit untuk belanja ganjaran kpd diri sendiri. Contohnya, makan di tempat yg kita idamkan, membeli pakaian baru atau menukar sportrim kereta anda.

2. Pastikan ada MATLAMAT !!



Matlamat dan target perlu disiapkan. Tulis apa matlamat anda untuk menyimpan. Ada yg menyimpan untuk melancong, membayar deposit rumah baru dan juga membeli gadjet terbaru. Pastikan anda disiplin dalam melaksanakan misi menabung anda. Hasilnya, anda sendiri yg dapat!!

3. Tetapkan jumlah anda.

Pastikan anda tahu berapa nilai yang ingin disimpan. Jangan menyimpan tanpa mengetahui dan membuat kira-kira. Ia ibarat melakukan sesuatu yg sia-sia dan mungkin anda akan cpt berputus asa.

4. Set jangka masa dan tempoh simpanan. 

Contohnya anda ingin berkahwin dalam masa 2 tahun lagi. Pastikan ada konsisten dan kekal disiplin dalam melaksanakan misi anda.

5. Tahu halatuju wang simpanan anda. 

Jangan sekadar menyimpan tp tiada kegunaan. Tetapkan halatuju simpanan anda. Gunakan wang itu berdasarkan target anda supaya simpanan anda tidak sia-sia.

6. Potong belanja yg tidak perlu.

Kalau ikutkan nafsu, semua kita nak beli. Tapi untuk melaksanakan misi Cara Menyimpan Duit ini. Tinggalkan sementara perbelanjaan yang anda rasa tidak perlu. Contohnya membeli aksesori gadjet, menukar sportrim kereta dan sebagainya. Hal ini penting kerana ia akan menganggu pelaksanaan misi Cara Menyimpan Duit anda !!!

7. Jangan buat hutang baru !!

Jangan tambah hutang jika anda masih belum mampu untuk menyimpan. Pastikan anda berfikir sebelum menambah hutang baharu. Kerana ia akan menjejaskan kedudukan kewangan anda. Pastikan target Cara Menyimpan Duit anda berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

8. Tetapkan bajet setiap bulan. 



Asingkan wang anda kepada beberapa pecahan. Ini penting untuk anda tahu bajet kewangan anda setiap bulan. Rancang dengan teliti agar Cara Menyimpan Duit anda berjaya mencapai target !!.

Untuk melaksanakan misi Cara Menyimpan Duit ini, pastikan anda konsisten dan disiplin. Jangan sesekali cuba untuk guna duit simpanan anda. Jika sekali anda melakukannnya pasti akan berulang. Justeru, rancang dengan teliti. Pasang target, tetapkan bajet serta matlamat dan jangan sesekali berputus asa. Hasil yang anda peroleh adalah untuk anda sendiri.

Jangan lupa amalkan Cara Menyimpan Duit.

Selamat Menabung!!!

Akmal Izzat

2 ulasan:

  1. Jangan buat hutang baru tu yang menarik...terima kasih tips nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Sebabkan hutang baru bertambah komitmen. Melainkan jika betul2 perlu.. Sama2 tuan👍

      Padam