[Travel]

Tips Untuk Bermula Diet





Tentu ada yg stress bila pikirkan tentang berat badan. Lagi2 bila ada perkara penting yg memerlukan utk kita turunkan berat badan ni. Cthnya nk kahwin. Tentulah nk nmpk cantik dan segak bila pakai baju pengantin tu.. Nk interview pun salah satu jugak, lagi2 utk jwtn yg melibatkan badan beruniform ni.. Nk taknak kena make sure yg BMI kita tu ideal. Klu tak nnt melepas la jawabnyeee..

Tp bila sebut je tentang diet.. Mst ada yg mengeluh, "hmmm..bolehke?".. "aduuuhh, nk kena berlapar. Mcm mna nk dpt tenaga?".. "taknak la diet..nnt pengsan sbb tak makan." hahahaha..

Come on guys! Diet ni tak semestinya berlapar. Bnyk sbnrnya cara nk diet tanpa perlu berlapar dan buat heavy workout.
Sebelum tu aku nk share skit tips2 utk korg sebelum nk melaksanakan misi diet ni!

Ok.. Yg pertama....kena ada Target.



1. Target.

Knp aku ckp kena ada target?, yela.. Korg nk diet kan. Mst ada target dr segi tujuan dan masa. Cthnya, 2 bulan lagi nk kahwin. So aku kna target utk dpt kn berat yg ideal dalam masa 2 bulan ni. So, bila ada target korg akan tau sbb n tujuan korg terjebak dlm misi diet ni..


2. Nekad dan Semangat!!

Nekad dan semangat ni penting tau guys. Sbb apa aku ckp mcm ni.. Sbb klu korg tak nekad, susah sikit la korg nk capai target korg. Dalam masa yg sama semangat tu kna kuat. Maklumlah,, bukak fb gmbr makanan, g opis tgok kwn bwk makanan sdp2. Dr sini korg kena kuatkn semangat tu supaya korg tak terlanggar pantang2 diet korg. Klu tak sia-sia je usaha tu.. Tu yg azam sampai 14 kali Isnin pun tak mula2 diet lagi. Kahkah!!


3. Teknik.

Maksud teknik kt sini bukannya teknik yg mcm korg bljr kt sekolah tu.. Teknik jawab matematik tambahan.. Tp teknik yg dimaksudkn tu ialah teknik apa yg korg gunakan utk ber diet. Bnyk sbnrnya sumber2 yg boleh korg cari dan buat rujukan utk misi diet korg. Cthnya diet Atkins, diet jenis darah, diet detox, diet rendah lemak dan macam2 lagi. Tp utk korg yg tak brp aktif ni.. Aku sarankn guna diet ATKINS ni. Sbb boleh dikata antara diet paling simple dan berhasil. Nnt kat hujung artikel ni aku ulas sikit tentang diet atkins ni.





3. Senaman.

Nk bdn kurus, cantik molek bukan stkt diet je cik kak oi!!. Kena la jugak bersenam. Bukan apa..senaman ni selain menyihatkn badan,bakar lemak.. Ia boleh jugak buang toksin2 dlm badan tu. Melalui peluh2 yg kluar bila korg bersenam. Paling tidak pun buat la senaman 2 kali seminggu dgn 30 minit setiap kali senaman tu. Joging ke, basikal ke, berenang ke...

4. Supplement.

Ok.. Utk supplement ni aku tak brp galakkan. Tp klu korg rasa bnda ni dpt membantu. Boleh la cuba..tp pastikan produk2 yg korg ambil tu ada kelulusan KKM tau. Jgn main telan je.. Asal kn kurus. Nnt bdn kurus penyakit pulak dpt.. Kita diet ni kurgkn berat badan dlm masa yg sama menyihatkn. Tp klu sakit.. Rugi je kan. Bnyk supplement yg ada jual lat kedai2 jamu, farmasi. Cthnya pil Merit tu. Sekali makan esok pagi dia buang terus.. Ada jugak teh2 yg boleh korg amik. Cthnya detoxclenx, teh org kampung n mcm2 lagi la produk yg ada sekarang.

5. Idola.

Mst korg diet ni sbb tgok bdn org tu mcm kurus ramping je kan. So korg boleh la amik seseorg yg korg rasa nk dptkn bentuk tubuh mcm dia. Jd dr situ, secara automatiknya korg akan dpt motivasi utk terus konsisten dgn usaha korg ni.

Rasanya cukup je la 5 tips.. Letak bnyk2 pun nnt korg stress pulak. Tapi kena igt!! dalam berdiet ni JANGAN TIMBANG HARI-HARI sbb ni akan buat korg bertambah stress lama2 bosan. Tu yg mula nk melantak makan bnyk2 semula. Klu boleh skurg nya timbang lah dalam 3 4 hari sekali.. Seminggu sekali pun elok jugak. So korg akan lebih smngt utk teruskn sesi diet mggu seterusnya !!




NAK TAHU TENTANG DIET ATKINS??!!

Aku share sikit la psl diet Atkins ni. Knp aku ckp diet ni seronok. Sbb bagi aku, diet ni paling simple dan sesuai utk org2 yg kurg bersenam. Mcm korg laahh!! Hahaha
Diet ni konsep nya mengehadkn pengambilan karbohidrat yg korg amik setiap hari. Maksimum karbohidrat yg korg boleh ambil setiap hari ialah 20gram sahaja!!. So, korg kena pantang makan nasi, mi, mihun, semua jenis roti dan maknan yg tggi karbohidrat. Tp yg syoknya.. Korg still boleh makan ayam, ikan, telur, daging, cheese, sosej n beberapa lagi.. Tak kira la nk goreng ke..rebus panggang.. Terpulang!!

Knp mesti 20gram??!! Sbb karbohidrat dlm bdn kita ni merupakan sumber tenaga yg digunakan oleh badan kita. Utk hilangkn ambil masa 48 jam atau 2 hari.. Jadi, klu korg minimumkn pengambilan karbohidrat dgn jumlah 20gram sehari. Badan korg akan menukar sistem pembakaran tenaga, lemak yg akan dibakar sebagai tenaga utk menggantikan karbohidrat. Sbb tu la diet ni sesuai utk spe yg teringin nak berdiet tp malas bersenam. 

Cukuplah ye psl Atkins ni. Klu korg nk tau lebih lanjut..mcm menu cadangan atkins korg boleh la google sndiri. Bnyk dh kt intrnt skrg ni tentang diet atkins.
Apa pun kuatkan semngat korg, usaha yg berterusan akan berjaya. Jangan mengalah!! Tetap kan target dan matlamat. Biar apa org nak kata.. Anda buat,, anda yg dapat hasilnya!!
Jom pekena burger cheese leleh!! 



Tips Untuk Bermula Diet Tips Untuk Bermula Diet Reviewed by Akmal Izzat on November 08, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan