[Travel]

MESIR - Menyusuri Keindahan Nil

Mesir - Menyusuri Keindahan Nil
Alexandria, Mesir.

MESIR - Menyusuri Keindahan Nil

*Sambungan kepada artikel Mesir, Sejarah dan Tamadun.*



Kali ini aku nak berkongsi pengalaman di Mesir - Menyusuri Keindahan Nil, sambungan drpd entry sebelum ni. Untuk perjalanan kali ini lebih jauh dan seronok sikit la. Sebab macam-macam jenis pengangkutan yang kami gunakan. Seperti mana yang kita tahu, Mesir ni sebuah negara yang luas. Jadi tak mustahil la kalau pergerakan untuk ke satu-satu kawasan mengambil masa berjam-jam.

Dari Cairo ke Luxor. Bergerak menuju ke Luxor dengan menaiki keretapi. Tak pernah aku naik keretapi sampai 8 jam. Biasa naik KTM dr Segamat ke Rengam je..haha. Walaupun perjalanan yang lama tapi tak terasa sebab kat tempat orang kan. Confirm jakun nak tengok suasana sekeliling tu.

Mesir - Menyusuri Keindahan Nil
Tunggu train ke Luxor.

Setibanya di Luxor, kami singgah ke Luxor Temple. Di sini merupakan salah satu tempat peninggalan tamadun Mesir. Bukan hanya tertumpu di Cairo saja. Terdapat banyak binaan-binaan lama yg masih kekal dan asli sehingga ke hari ni. Terasa macam teringin je nak balik masa silam, tengok kehidupan zaman dulu.hehe.


Mesir - Menyusuri Keindahan Nil
Luxor Temple

Usai melawat tinggalan sejarah tersebut. Maka bermulalah pengembaraan kami menyusuri Sungai Nil. Kami menaiki Cruise selama 2 malam. Satu pengalaman yang menarik sebab dapat melihat kehidupan masyarakat kampung yang tinggal di persisiran Sungai Nil tu. Mmg suasana yang sgt berbeza.

Mesir - Menyusuri Keindahan Nil
Princess Sarah Cruise



Mesir - Menyusuri Keindahan Nil
Bilik dalam cruise

Antara tempat yg menjadi perhentian cruise ini ialah Abu Simbel. Di sini pun terdapat kuil-kuil yang dibina ketika zaman pemerintahan Dinasti ke 19 Ramesses II. Binaan sejarah di Abu Simbel ni merangkumi 2 kuil batu besar. Ia juga bertindak sebagai tugu pertahanan ketika pemerintahan Ramesses ke II.

Mesir - Menyusuri Keindahan Nil
Abu Simbel


Mesir - Menyusuri Keindahan Nil
Captain Cruise 

Perhentian seterusnya ialah ke Aswan. Mcm biasa la, kalau kt Mesir ni memang mana-mana tempat semuanya berkaitan dengan Firaun. Kt sini pun ada juga binaan-binaan sejarah yg masih asli. Kami juga turut melawat ke Aswan Dam (Empangan Aswan). Asyik melawat kuil je kan.hahaha.

Mesir - Menyusuri Keindahan Nil
Aswan

Selain tu, kami juga turut melawat bandar Alexandria. Haaa, kt sini la lokasi filem Ayat-Ayat Cinta dilakonkan. Bandar ni juga berada di pesisir laut Mediterranian. Jarak perjalanan untuk sampai ke bandar Alexandria ni lebih kurg 3-4 jam dari Cairo. Di Alexandria pun terdapat satu perpustakaan yang terbesar di dunia.
Mesir - Menyusuri Keindahan Nil
Perpustakaan Alexandria

Maka berakhirlah kisah pengembaraan aku ke Mesir ni. Walaupun banyak lagi tempat-tempat dan peristiwa menarik sebab 2 mggu kan kt sana. Dapat juga merasa puasa pertama, jalan-jalan ke Pasar Al-Khalili, naik bas 1 genih.hahaha. Tapi cukuplah apa yang aku cerita ni. Selebihnya biar jadi kenangan peribadi. Kalau berkesempatan, pergi la melawat negara Mesir ni. Duit kita pun lagi tinggi berbanding duit diorg, jadi kalau nk bershopping tu masih  boleh layan lagi laaa.

-Tamat - Kisah Mesir - Menyusuri Keindahan Nil.

Mesir - Menyusuri Keindahan Nil
Gala Night in Cruise



                                                               
MESIR - Menyusuri Keindahan Nil MESIR - Menyusuri Keindahan Nil Reviewed by Akmal Izzat on November 13, 2018 Rating: 5

2 ulasan

  1. Memang best melancong ..kita dapat rasakan kehebatan kuasa Allah, di sana negara anbiaya banyak tinggalan nabi kita..Subahanallah. Saya nak letak blog tuan dalam bloglis terbaik saya ya..
    dah follow blog saya ke tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf lambat respon tuan.. saya dah follow ye. :)

      Padam