Top Menu

JORDAN - Kisah Ashabul Kahfi (Pemuda Gua)

Tugu Ashabul Kahfi.

Mengimbau kembali detik menjejak kaki ke Bumi Jordan. Terasa diri berbalik pada sejarah zaman kenabian dan kisah-kisah yang tertulis di dalam Al-Quran. Antaranya kisah Ashabul Kahfi (Pemuda Gua). Kisah ni terdapat dalam Surah Al-Kahfi yang menceritakan tentang kejadian peristiwa ini.

"Adakah kamu menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua) dan 'Ar-Raqiim' termasuk antara tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan?" (Surah Al-Kahfi;Ayat 9).



Berbalik semula kepada kisah Ashabul Kahfi ni. Aku nk story tentang mcm mana diorg bertujuh dan seekor anjing boleh terperangkap di dalam gua selama 309 tahun. Boleh tak korg bayangkan macam mana keadaan bila tidur dalam tempoh yang lama. Langsung tak makan dan minum. Memang satu keajaiban dan itulah salah satu bukti kekuasaan Allah s.w.t.

Bagaimana berlakunya peristiwa ini??

Semuanya bermula apabila hadirnya seorang raja yg bernama Decius ni. Raja Decius ni seorang yg sangat dan zalim. Siapa sahaja mesti mengikut dan menurut perintah dia. Termasuklah dari segi agama dan kepercayaan. Mana-mana orang yg ingkar arahan dia ni akan dihukum bunuh. Jadi semua dipaksa untuk mempersekutukan Allah dan menyembah berhala. 

Tetapi tidak bagi 7 org pemuda ni. Tahap keimanan mereka lebih tinggi dr takutnya kepada ancaman Raja Decius ni. Mereka tetap dgn pendirian dan ketakwaan kpd Allah.sw.t. Hinggalah suatu hari Raja Decius mengetahui tentang kisah mereka dan memanggil 7 pemuda ini mengadap nya di istana.
Namun, keberanian dan ilmu yg ada. Dengan tenang memberi hujah dan menegakkan kebenaran hinggakan semua yg ada terdiam dan mati akal. Tiada yg dpt membidas hujah 7 pemuda yg beriman ini. 

Akhirnya, Raja Decius memberi amaran dan tempoh utk mereka akur dgn perintah raja tersebut. Jika tidak, mereka akan dimurtadkan ataupun dibunuh!! Kejam tak Raja Decius ni??

Disebabkan rasa cintakan iman dan akidah, 7 pemuda ini bersepakat utk bersembunyi bagi menyelamatkn diri. Sampai lah mereka ke satu kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Terdapat sebuah gua di situ dan selamat utk mereka tinggal. Sebelum masuk ke gua tersebut mereka telah berdoa memohon kepada Allah. Selari dengan Firman Allah dlm Surah Al-Kahfi ayat 10.

Pintu masuk Gua Ashabul Kahfi.

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan pemuda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: 'Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat dari sisi Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami." (Surah Al-Kahfi;Ayat 10).

Bersama 7 pemuda ini juga terdapat seekor yg anjing yg dimiliki oleh salah seorang pemuda tersebut. Anjing tersebut bernama Qithmir. Sejurus masuk ke dalam gua, mereka semua tertidur. Namun, anjing yg bernama Qithmir itu berada di pintu gua. 

Tiba la tempoh yg ditetapkan Raja Decius. Saat dia memerintahkan tenteranya utk memanggil semua 7 pemuda ini. Mereka dapati ketujuh-tujuh pemuda ini tiada di kediaman mereka. 

Maka bermulalah pencarian sang raja bersama sekutu-sekutunya. Raja Decius turut menawarkan hadiah dan pangkat bagi sesiapa sahaja yg berjaya membawa 7 pemuda ini kepada beliau. 

Terdapat sekumpulan pasukan yg menjumpai tempat persembunyian 7 pemuda ini. Namun, usaha mereka utk masuk ternyata gagal kerana gua itu sgt menggerunkan dan mengerikan bagi mereka. Disebabkan hal itu, mereka membuat keputusan menutup pintu gua agar 7 pemuda itu terperangkap dan tidak dpt keluar mencari makanan. Sangkaan mereka dgn cara itu boleh membunuh kesemua 7 pemuda tersebut.


Tetapi di dalam gua itu, 7 pemuda dengan nyenyaknya telah ditidurkan oleh Allah dalam tempoh masa yg lama. Panjangnya selama 309 tahun selaras dengan ayat 25, Surah Al-Kahfi. 

Suasana di dalam Gua Ashabul Kahfi

"Dan mereka telah tinggal tidur di dalam gua selama 300 tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)." (Surah Al-Kahfi;Ayat 25).

Masa silih berganti, tahun ke tahun. Akhirnya, mereka pun disedarkan setelah tiba tempoh yang ditetapkan Allah s.w.t. Mereka terjaga dan merasa sangat kelaparan. Lalu 7 pemuda ini membuat keputusan untuk keluar mencari makanan. Sambil bertanya sesama mereka tentang berapa lama mereka telah tertidur. 7 pemuda itu menyangka mereka cuma terlelap dalam masa sehari atau separuh darinya tanpa langsung menyedari yang mereka telah tidur untuk waktu yang lama.

Sekitar Gua Ashabul Kahfi.

"Berkatalah salah seorang di antara mereka: 'Sudah berapa lamakah kita berada di sini?. Mereka menjawab.'Kita di sini sehari atau setengah hari." (Surah Al-Kahfi;Ayat 19)

Maka salah seorang dari mereka keluar dengan membawa wang zaman dahulu, iaitu matawang ketika pemerintahan Raja Decius. Segalanya disedari apabila mereka telah tiba di pasar dan ketahuilah mereka bahawa pemerintahan sekarang di bawah raja yang beriman kepada Allah s.w.t. Mereka memutuskan untuk kembali ke gua tempat persembunyian. Di situ mereka telah berdoa kepada Allah dan akhirnya mereka pun rebah di tempat tidur mereka lalu menghembuskan nafas mereka yang terakhir. Begitulah hebatnya kekuasaan Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa.

Keadaan terkini sekitar Gua Ashabul Kahfi.

Sekian saja untuk entry kali ini. Sekiranya terdapat kesilapan fakta untuk artikel ini harap dapat diperbetulkan. Nampak macam formal sikit kan entry kali ni ??hehe

Tonton Sedutan Filem Ashabul Kahfi :


2 ulasan :

  1. Asalam..subahanallah hebatnya kuasa Allah, menghidupkan kembali yg tidur begitu lama. Tiada yg mustahil bagi Allah yang satu. Terima kasih entri ini ya..

    BalasPadam
  2. Menyayat hati..ya Allah terasa begitu menyayangi dan melindungi orang2 yg beriman..

    BalasPadam

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates