[Travel]

Amalan Gaya Hidup Sihat

Bila bercakap tentang amalan gaya hidup sihat ni, mesti benda yg korang fikir..Joging!!
Sebnarnya banyak je aktiviti-aktiviti yg boleh korg buat utk lakukan amalan gaya hidup sihat ni. Bukan hanya tertumpu pada joging semata-mata!!

Tapi sebelum korg terus sarung kasut nk g joging tu, meh aku share sikit psl bbrp aktiviti gaya hidup sihat yg korg boleh buat. Sbb semua org tak sama, ada yg minat dia lebih tertumpu pada joging sbb tak memerlukan kos dan sambil2 tu boleh lah cuci-cuci mata kat taman tasik tu kan. Kah!! *utk yg bujang je la, dh kawen jgn cari pasal* hehe

Ok. Malas nak bebel panjang2 aku terus masuk point yg pertama.



1. Berjoging.

Haaaa, ni yg korg asik sebut je bila kata gaya hidup sihat. Joging ni antara sukan yg tak memerlukan kos. Sbb skrg ni bnyk tempat2 yg korg boleh pergi utk lakukan aktiviti ni. Jd korg tggal keluar modal untuk beli kasut sukan je la..hehe. Joging selama 20 minit ni boleh hilangkan dr 144 - 288 kalori. Bergantung pd kelajuan korg la..klu joging pun mcm nk taknak. Mmg sampai ke sudah la mcm tu!

Beriadah bersama kawan-kawan.

2. Hiking.

Tentang hiking ni, boleh dikatakan dh jd trend. Sbb ramai dah yg melibatkan diri dalam aktiviti hiking ni. Boleh dikatakan semua lapisan umur dah melibatkan diri dengan aktiviti ni. Sbb diorg pun dah mula sedar tentang pentingnya gaya hidup sihat.

Hiking bersama kawan-kawan. Santai dan menyeronokkan.
Hilang stress !

3. Berbasikal.

Mengayuh basikal ni pun bukan calang-calang tau!! Nmpak je simple.. "alaaa,,aku dlu kecik-kecik pun selalu jugak main basikal"  "hmmm, basikal je..tak mencabar langsung!!".. Korg jgn la ckp mcm tu. Belum cuba belum tahu brooo. Try dulu tgok mcm mna hasil dia. Pembakaran kalori ni pun lebih banyak bila kita berbasikal sbb melibatkn bnyk pergerakan. Selain daripada menyihatkan badan, bnyk kelebihan lain yg boleh korg dpt dr berbasikal cthnya, kurgkan risiko penyakit, baiki mood korg yg tak tentu pasal tu, menguatkan tulang dan beberapa lagi. Korg boleh search lagi..



4. Zumba.

Zumba ni pun boleh tahan penat dia. Tp nk dptkn hasil bukan buat 5 minit rehat 20 minit. pastu sambung balik. Mcm mna nak sihat cmtu. Korg kena la buat skurngnya 30 minit non-stop. Bru boleh rehat. Tgok cmna effect dia. Bnyk dah skrg group-group zumba yg ada. Korg survey je kt area tempat tggal korg. Sekurangnya ada la bergaul skit dgn masyarakat, takdelah mereput je kat rumah tu.

Group Zumba. Sambil beriadah boleh berhibur dengan kawan-kawan.

5. Futsal.

Yang ini sinonim dengan sukan lelaki. Tapi korg jgn terkejut tau, sbb skrg ni perempuan pun dah pandai main futsal. Silap2 lagi power dr team lu broo !!.haha. Ni pun seronok jugak sbb boleh release tention. Sambil-sambil bersukan dapat la jugak berkenalan dengan kawan-kawan baru.



Futsal antara aktiviti yg sihat.


6. Berenang.

Mesti korg terbayang swimming pool yg luas, air dia jernih..fuhhh. Klu terjun dalam tu selesa bossku!!. Berenang ni salah satu sukan yg korg boleh cuba. Sbb ia melibatkan seluruh anggota tubuh badan kita. Daripada kaki bawak ke tangan sampai ke kepala. Mmg semua aggota bdn terlibat. Tp sebelum korg nk terjun acah2 Pandalela ni kena la warm up dulu!! Nnt dah smpai ke tengah sia-sia je krem kaki korg!hahaha. Buat malu je org tgok..lagi2 kalau ramai awek-awek kt swimming pool tu.

Semua yg aku share ni melibatkan aktiviti outdoor. Bukan apa, biar korg keluar sikit..tkdelah asik dok mereput kat rumah main Fb. Scroll2 gmbr mekap, scroll lagi ubat kurus pulak. Tapi ada jugak aktiviti gaya hidup sihat ni yg berkonsepkan indoor. Cth nya gym, korg boleh lah try pegi gym tu. Kat situ kalau malas nak main angkat2 boleh la layan treadmill (mesin joging tu). Keluar la jugak peluh korg tu. Kalau malas jugak nak kluar. Boleh beli tali skipping tu. Haa, melompat la ko sorg2 kat rumah!!.

Okla, sembang panjang-panjang nnt buat korg tidur je. Dah tidur mmg tak la korg nak kluar g bersukan kan. Sampai sini je utk kali ni. Buah cempedak di luar pagar, perut lapar asik bergegar. Apo den nk makan ni yoo?hmm


Amalan Gaya Hidup Sihat Amalan Gaya Hidup Sihat Reviewed by Akmal Izzat on November 08, 2018 Rating: 5

8 ulasan

  1. Betul semua aktiviti ini banyak membantu untuk hidup lebih sihat. Alamak lama dah tak hiking teringin la pulak hehe

    BalasPadam
  2. thanks for the tips. I agree with you. I have been practicing jogging hiking and swimming in order to keep healthy. keep it up k

    BalasPadam
  3. Sejak beranak pinak ni, mmg susah nak spend masa nak exercise (alasan sebenarnya) haha. Tapi slalu join fun run bawak anak-anak. Ok la tu kan beberapa kali setahun huhu

    BalasPadam
  4. Ada sesetengah orang mengganggap melakukan aktiviti luar cuma untuk kurus. Sebenarnya lebih baik melakukan aktiviti untuk mengekalkan kesihatan dgn gaya hidup yg sihat. Itu lebih baik sebab kurus tak bermakna sihat kan

    BalasPadam
  5. Betul tu. Sebenarnya banyak je aktiviti sihat yang boleh dibuat selain daripada di atas. Pergi gym ke kan. Berkayak ke. Zumba tu buat kat rumah je memnag penat tapi puas hati

    BalasPadam
  6. Baguih la semua aktiviti sihat. Kami ni dah lama sungguh tak bersenam. Dulu rajin juga joging kat taman tasik atau kat UM. Makin tak terjaga pula kesihatan. Nak start balik la bersenam untuk badan sihat.

    BalasPadam
  7. kita tak de geng nak ajak berjogging, hiking bagai.. duduk rumah je la layan zumba dgn anak-anak..but nak jugak hiking sesekali kasi pecah peluhh

    BalasPadam
  8. I usually find jogging quite boring haha. I prefer hiking since there is more things to see especially the beautiful nature :)

    BalasPadam