[Travel]

Resepi Mushroom Soup Istimewa

Resepi Mushroom Soup Istimewa
Gambar sekadar hiasan.

Hai. 
Pasti semua terfikir hidangan ringkas utk minum petang dan menjamu tetamu. Hari ni sy akan kongsikan sedikit tentang Resepi Mushroom Soup Istimewa yang ringkas dan mudah. Pastinya menyelerakan. Saya sendiri tak sangka first time belajar resepi mushroom soup Istimewa ni dgn mak, menjadi la jugakk. Budak2 pun suka. (masak utk pljar tadika tmpt sy prktikal dulu). Dah lama nk kongsi, cuma baru berkesempatan..maklumlah sibuk dgn urusan negara..
hahahaha.😂😂




Ok..ni  Resepi Mushroom Soup Istimewa. ringkas saja.


Bahan-bahan :

➤Minyak - 1 cawan
➤Tepung gandum - 2 cawan
➤Bawang besar - 2 biji
➤Bawang putih - 3 ulas
➤Kiub pati ayam - 3 ketul
➤Ayam (dada/isi) - dicincang dlm 2 cawan.
➤Cendawan butang - 1 tin. (Dicincang)
➤Susu cair - 1 tin
➤Air - 7-9 cawan. 

Black paper - 3 sudu. Tumbuk jgn lumat sgt. Nk senang pkai je yg aji shiao tu. Tabur secukup rasa.

Cara-cara :

➔Panaskn minyak tumis bawang..pastikan bwg potong kecil (dadu). 
➔Dah tukar warna coklat. Masuk kan tepung ..kacau smpai sebati dlm 3 minit. 
➔Lepastu masukkan air 1 cawan..lepastu kacau..2 cawan..kacau. sampai la 7 cawan..........
➔Dah ok..masukkan pulak ayam dgn cendawan butang. jgn lupa kacau2 sikit..masukkan susu cair.
➔kacau lagiiiii....lepastu masukkan kiub ayam dan lada hitam.
  ➽garam secukup rasa..ajinamoto terpulang. Klu nk letak..secukup rasa.*

Resepi Mushroom Soup Istimewa




Tambahan :

🔽Jangan pekat sgt tau..
🔽Api sederhana..
🔽Sentiasa godak. Nanti melekat..satu kojo nak sental kuali.
🔽Nak sedap lagi..roti perancis sapu mentega garlic tu. Boleh cicah.

Macam mana pun, terimalah hakikat bahawa resepi yg sedap kebanyakan terhasil dari air tgn lelaki..hehehe 

Resepi Mushroom Soup Istimewa

SELAMAT MENCUBA Resepi Mushroom Soup Istimewa niiii !!!



Resepi Mushroom Soup Istimewa Resepi Mushroom Soup Istimewa Reviewed by Akmal Izzat on Oktober 11, 2018 Rating: 5

34 ulasan

  1. PErnah buat sekali sup mushroom ni tapi tak menjadi .makin pekat likat jadinya hahaha.
    nanti nak cuba balik buat guna resipi ni la hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mgkin kurg air kot. Sbb makin lama makin pekat.. Sbb tu air tmbah sikit2. Takpe.. Try lgi.. Mna tau lg power n kaw ke. Hehehe

      Padam
  2. Tq for sharing resepi ini...Memang suka dengan mushroom soup ni..biasanya kat hotel2 saja saya boleh merasa soup cendawan yang sedap...ni kali kat rumah boleh belajar buat sup sendiri...manatau sedap =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye. Lgpun ni resepi ringkas n jimat. Klu tetamu dtg pun tak pyh pening2 pikir menu tambahan. Good luck.. Nnt kalau dh jadi boleh share.hehe

      Padam
  3. lovely.. nampak sedap cicah dgn rotikan.. lg2 garlic bread..

    kak nowa kurang buat soap cendawan. lebih kpd garlic soup or vege soup like tomato brocoli.. so far kalau buat garlic soup memang tambah terus sayur carot jentang brocoli.. lovely.. u should try. bagus kalau demam flu. cepat kebah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kak. Nmpk pun dh sedap..ape lagi bila mkn. Hehe. Wahh. Yeke kak.. Cer share sikit cara2 nk buat tu. Nk try jugak. Mna tau boleh guna utk diet skali..hehe

      Padam
  4. OMG mushroom soup memang kegemaran kita hehehehe lama tak cuba sebelum ni selalu buat sup labu jer wakakaka. boleh lah try yang special ni ok thank you share resipi ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha. Sup labu pun ok juga..ya.boleh cuba.. Resepi ringkas n jimat.. Skali buat boleh utk ramai org. Selamat mencuba!

      Padam
  5. I love mushroom soup camni makan dgn garlic bread. owhhh!!! craving. i belum pernah buat sendiri lagi. Beli ada la...kekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks.. Tak apa. Nnt klu free boleh try buat resepi ni. Mna tau lepas ni tak pyh beli dah. Hehe

      Padam
  6. Hehamboi ayat last tu kemain ye. Hehe. Tapi memang nampak sedap mushroom soup ni. Boleh try lah nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Ayat last tu mmg fakta. Bnyk yg ckp bnda tu.😛😛. Ya nnt boleh la cuba resepi ni. Mna tau sekali dh buat mst buat lagi. ☺️☺️

      Padam
  7. Hmm mudah je tapi berjayakah ciktie untuk membuatnya?? Hehe.. dapat panas-panas tu, sedap jugak !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg mudah. Mesti boleh tu ciktieee.. Come onnn. Ciktie boleh.hahhaha. Lg bila mkn panas2..fuhh.

      Padam
  8. Mushroom soup memang fav sis, makan cam tu pun leh jadi..serious sedap. Tapi nak buat sendiri tak pandai, selalu beli yang dah siap je. Lepas ni boleh lah sis cuba buat ikut resepi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sis. Antra makanan yg sedap n simple. Sekali masak boleh mkn utk ramai..ya. Boleh cuba resepi ni. Gudluckk!

      Padam
  9. Sebenarnya kalau buat sendiri lagi puas hati kan..ehhee..Nad sellau guna yang dalam tin tu je..hehhee..Boleh cuba buat sendiri lepas tengok resepi awak ni..hampir sama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Klu dlm tin tu mmg ada. Tp klu awk buat sendiri.. Lg bnyk boleh dpt n rasa dia sama mcm pizza hut punya.

      Padam
  10. Sup tu kesukaaan saya, terima kasih diatas perkongsian resepi ini, nak cubala nanti sedap makan dengan roti garlic panas-panas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Resepi ni mmg ringkas. Cuba la nnt.. Lg2 bila panas2.. Fuhh. Rasa dia. Hehe

      Padam
  11. Statement pasal makanan sedap hasil tangan lelaki tu win! Tapi seakan-akan betul sebab kalau my father masak, licin semua anak-anak dia makan haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa. Thnk u sbb agree dgn statement sy tu.hahhaa. Sbb laki ni jarang nk tunjuk skill.. Skali dh masak..asik disuruh masak je.. Haha

      Padam
  12. Sedapnya mushroom sup. Tak pernah lagi try buat sendiri. Selalu beli yng kat piza tu je. Tu pun kdng2 sdap. Kdng biasa2 je rasa dia. Nanti kalau nk try buat, blh la guna resepi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa. Nnt try la buat sendiri. Boleh cuba sbb ringkas n jimat. Sekali masak boleh mkn ramai2..tambah skali dgn garlic bread. Fuhh

      Padam
  13. Uwaaaaa !! Terima kasih sebab berkongsi resepi mushroom soup nie. Sy mmg suka order mushroom soup kalau pergi ke pizza hut atau domino. Lepas nie boleh lah rujuk resepi nie dan cuba sendiri di rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Sama sama. Ya..silakan cuba. Ringkas n jimat. Dr pngalaman yg rasa n pernah try.. Diorg pun ckp rasa seakan akan pizza n domino pnya mushroom soup.

      Padam
  14. aiyayaya... terus lapar perut saya... hahaha
    nak belajarlah resipi ni.. favorite ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha.. Klu lapar tgok gmbr dlu. Bru kurg sikit lapar tu. Nnt boleh la cuba. Mna tau berhasil..

      Padam
  15. Wow pndainya buat sendiri..nnt akak nk try la guna resipi ni..screen shot siap2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Ini pun mak sy yg ajar kak. Boleh la sbb resepi ni ringkas je. Ok.. Slmt mencuba kak☺️

      Padam
  16. Selalu beli dalam tin punya. Tapi lagi best kalau cuba masak sendiri kan. Lia nak cuba resepi ni sebab nampak lagi menarik dan boleh makan ramai-ramai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betup tu, yg puas hati nya sbb sukatan yg sy bagi tu boleh makan ramai2.bahan dia pun tak banyak.

      Padam
  17. AM memang suka mushroom sup ini.. selalunya mmg beli spare yg dlm paket tue.. just tambah air panas.. tak pernah cuba buat sendiri.. terima kasih atas perkongsian ya.. boleh la AM cuba nnti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Silakan memcuba. Mna tau lepas ni klu nk makan boleh masak sendiri. Hehehe

      Padam