Top Menu

Makan dengan cepat sebabkan masalah jantung

Makan dengan cepat adalah antara punca diserang penyakit jantung. Betulkah bila makan dengan cepat boleh menyebabkan masalah jantung?




Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dan diterbitkan dalam jurnal kesihatan Persatuan Jantung Amerika Syarikat yang berpengkalan di California mendapati makan dengan terlalu cepat mempunyai kesan buruk terhadap jantung.


Kajian tersebut telah dijalankan ke atas 1,000 orang individu dalam tempoh lima tahun mendapati, mereka yang memiliki pola makan yang cepat mempunyai masalah berkaitan jantung selepas lima tahun. Respondan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu makan dengan cepat, makan dengan kadar normal dan makan dengan kadar perlahan. 

Hasilnya mereka yang makan dengan kadar cepat didapati mempunyai masalah jantung kerana tubuh tidak dapat menyerap glukosa dalam darah, lalu menyebabkan masalah jantung dan strok.



Seeloknya, makanlah dengan kadar yang perlahan supaya makanan boleh dinikmati dengan sepenuhnya.

Sumber.

Catat Ulasan

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates