[Travel]

6 Petua Untuk Penghidap Penyakit Buasir


Ramai daripada masyarakat mengadu pendarahan ketika mana membuang air besar dan majoritinya adalah disebabkan buasir. Ada juga sesetengah keadaan dimana buasir itu terlampau besar dan ia keluar daripada dubur berbentuk seperti ketulan.

APA ITU BUASIR?

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.
1. Buasir dalaman
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.


2. Buasir luaran
Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.



MACAM MANA BOLEH KENA BUASIR?

Buasir terjadi apabila saluran darah venus mengembang dan membengkak di sekitar dubur. Terdapat dua jenis buasir. Jika terjadi dalam bahagian rektum, ia dipanggil buasir dalam.
Biasanya ia tidak menyakitkan manakala buasir luar, berlaku di luar pembukaan dubur dan selalunya menyakitkan terutamanya sewaktu meneran serta menimbulkan rasa gatal hingga semuanya serba tidak kena.


PETUA MENGHILANGKAN BUASIR


1. UBAH CORAK PEMAKANAN

Utama sekali, anda perlu ubah corak pemakanan. Ambil makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran setiap hari. Lembut dengan kandungan air yang banyak, anda tidak akan alami lagi masalah najis keras sehingga menyebabkan sembelit.


2. MINUM AIR DENGAN KERAP

Cairan dalam badan membantu mengelakkan masalah sembelit.


3. JANGAN BERDIRI ATAU DUDUK TERLALU LAMA

Ini kerana ia memberi penekanan pada perut dan salur darah. Sesekali rehatkan diri agar otot perut juga dapat berehat. Lakukan senaman dengan kerap agar semua otot badan dapat meregang dengan sihat.


4. JANGAN MENERAN DENGAN KUAT

Ingat, elak meneran dengan kuat kerana ia memberi tekanan pada saluran venus di kawasan dubur. Tekanan yang kuat menyebabkan ia bengkak dengan cepat.


5. JANGAN TAHAN BERAK

Jika terasa ada keinginan untuk membuang air, jangan tahan atau melengah-lengahkannya. Najis akan jadi kering dalam dubur dan susah untuk dikeluarkan.


6. JANGAN LENGAH MENDAPATKAN RAWATAN

Ini kerana buasir boleh menyebabkan komplikasi seperti tisu mati dan lemah anggota badan akibat tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya.

Semoga bermanfaat. 
Jika berterusan mohon bantuan pakar berjumpa doktor. Artikel ini adalah cadangan semata-mata.

Sumber artikel: siraplimau
6 Petua Untuk Penghidap Penyakit Buasir 6 Petua Untuk Penghidap Penyakit Buasir Reviewed by Solihin Wahid on April 19, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan