Top Menu

Kena Penjara 44 tahun Bekal Senjata Api Kepada remaja



Raban Alou mengaku bersalah memiliki dan menyerahkan senjata api kepada seorang remaja berusia 15 tahun, Farhad Mohammad di masjid Sydney pada tahun 2015.

Dia kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 44 tahun hari ini atas tuduhan membekalkan senjata api kepada seorang remaja untuk melakukan pembunuhan.

Remaja berkenaan menggunakan senjata terbabit untuk menembak seorang anggota polis, Curtis Cheng di bahagian belakang kepala di luar ibu pejabat polis New South Wales.
Cheng meninggal dunia di lokasi kejadian.

Farhad yang berketurunan Kurdis dan dilahirkan di Iraq terbunuh selepas berbalas tembakan dengan polis tidak lama selepas pembunuhan itu.

Alou, 20 dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 44 tahun oleh Mahkamah Agung New South Wales dan tidak dibenarkan menjalani parol selama 33 tahun selepas mengaku bersalah membantu dan bersubahat dengan pengganas.

Dia dilaporkan turut melaungkan kata-kata semangat menyokong kumpulan militan Daesh sebelum dibawa pergi.

Hakim Peter Johnson ketika menjatuhkan hukuman berkata, lelaki itu tidak menunjukkan sebarang tanda kesal atau bersalah atas perbuatannya.


sumber: AFP

Catat Ulasan

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates