[Travel]

Waktu Yang Tidak sesuai untuk Minum Air Masak

Hampir semua pakar kesihatan menyarankan kita untuk meminum sekurangnya 8 gelas air putih setiap hari. Ini untuk menjaga kesihatan tubuh kita dan membuang racun toksik dari tubuh badan. Anehnya, ada beberapa situasi atau keadaan tubuh badan yang tidak sesuai untuk minum air putih. Mari kita lihat hal tersebut?

1. Makan dan minum.

 


Makan dan minum bagi kita memang tak boleh dipisahkan. Majoriti daripada kita berfikir bahawa kita boleh makan dan minum sekaligus dalam satu waktu.
Semasa kita makan makanan, teutamanya makanan berat seperti nasi sebaiknya kita tidak diselangi dengan meminum air kerana dengan itu boleh membuat proses pencernaan terganggu.
Saat makan memasuki perut, perut akan segera mengeluarkan hormon untuk melancarkan saluran pencernaan dan air yang kita minum tentu akan mengganggu hormon tersebut untuk bekerja.

2. Masa bersukan.

 


Saat kita bersukan, sebaiknya kita tidak terus minum air putih kerana keadaan ini kurang baik bagi tubuh badan. Hal ini kerana apabila terus meminum air putih tekak kerongkong akan terasa tidak selesa dan suhu badan juga akan menurun jika ditambah dengan air putih dan peluh akan berkurang.
Badan pun akan lebih cenderung berada dalam keadaan cairan yang berlebihan dan dalam beberapa keadaan boleh dapat menyebabkan kematian.

3. Penyakit ginjal.

 


Pesakit yang menghidapi penyakit ginjal juga boleh mengalami dimana air putih yang diminum akan membuat penyakit lebih parah.
Ginjal dalam keadaan sakit tentu tidak boleh menyerap dan mengeluarkan toksik sehingga jika diberi air putih secara berlebihan akan menjadi bahaya.

Kesimpulan.

Itu adalah antara keadaan atau kodisi yang tidak sesuai untuk tubuh badan minum air putih. Tapi bagi kita yang normal, kita harus meminum air putih dengan cukup pada setiap hari. Beberapa pakar kesihatan telah berkata jika kita meminum air putih lebih daripada jumlah minimum sehari, maka tubuh akan menjadi lebih sihat. Oleh itu kita mestilah memastikan kita mengambil air putih yang cukup setiap hari untuk memastikan kita tetap sihat.

Sumber.
Waktu Yang Tidak sesuai untuk Minum Air Masak Waktu Yang Tidak sesuai untuk Minum Air Masak Reviewed by Solihin Wahid on Disember 11, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan