[Travel]

Tidur Kurang boleh membawa Maut





Tidur adalah penting untuk merehatkan dan menyegarkan badan serta otak.

Mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sememangnya penting bagi kesihatan yang baik. Semasa tidur, seluruh badan dipulihkan. Kadar metabolik juga menurun, yang membenarkan badan untuk menyimpan tenaga. Semasa tidur nyenyak, badan memasuki tempoh pertumbuhan yang paling hebat, membina protein baharu dan membaiki atau menggantikan sel-sel.


Otak itu sendiri juga melalui pemulihan. Tempoh tidur ini dikatakan sebagai suatu proses di mana informasi pada satu hari itu direkodkan ke dalam otak, di mana perhubungan dibina merentangi sel-sel otak dengan tujuan untuk menyematkan peristiwa ke dalam ingatan yang kekal dan hubungan yang tidak perlu akan dihapuskan. 

Jika tidur mempunyai kesan pemulihan ini pada otak dan ingatan, mereka yang tidak mempunyai tidur yang cukup boleh mengembangkan penyakit mental dan fizikal.


Jumlah tidur yang kita perlukan berbeza bagi setiap individu.




Orang yang lebih muda melalui tempoh pertumbuhan cepat memerlukan lebih tidur dan orang yang lebih tua perlukan kurang tidur. Secara purata , orang dewasa memerlukan sebanyak 7 jam tidur dan biasanya ia mencukupi.


Semasa tidur , badan bekerja untuk menyokong fungsi otak yang sihat dan mengekalkan kesihatan fizikal. Kekurangan tidur boleh meningkatkan risiko untuk beberapa masalah jantung kronik. Ia juga boleh mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak balas, bekerja , belajar dan bersosial.

Kajian tidur malam



Kajian menunjukkan bahawa tidur malam yang baik boleh mempertingkatkan pembelajaran dan kemahiran menyelesaikan masalah. Tidur juga membantu kita untuk memberi tumpuan, membuat keputusan dan menjadi kreatif. Tidur terlibat dalam menyembuhkan dan memulihkan jantung dan salur darah kita.



Kekurangan tidur



Kekurangan tidur meningkatkan risiko penyakit jantung , sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi , diabetes , strok dan obesiti. Tidur juga membantu mengekalkan keseimbangan hormon yang sihat yang membuatkan anda berasa lapar (ghrelin) atau kenyang (leptin). Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, tahap ghrelin meningkat dan tahap leptin menurun. Ini membuatkan anda berasa lapar.

Tidur juga mempengaruhi bagaimana badan anda bertindak balas dengan insulin, hormon yang mengawal tahap glukosa darah ( gula). Kekurangan tidur menyebabkan tahap gula dalam darah yang tinggi yang boleh meningkatkan risiko diabetes. Tidur menyokong pertumbuhan dan perkembangan sihat. Tidur yang nyenyak menyebabkan badan melepaskan hormon yang menggalakkan pertumbuhan normal bagi kanak-kanak dan remaja.

Sistem imunisasi yang sihat adalah bergantung kepada kualiti tidur. Tidur nyenyak mempertahankan badan kita daripada bahan asing atau bahaya. Kekurangan tidur yang berterusan boleh mengubah cara sistem imunisasi bertindak balas. Contohnya, jika anda mengalami kurang tidur, anda mungkin menghadapi masalah melawan jangkitan penyakit yang biasa.

Mendapatkan tidur yang berkualiti yang cukup membantu anda berfungsi dengan baik sepanjang hari. Mereka yang kurang tidur adalah tidur produktif. Jika kita kurang tidur untuk beberapa malam, kebolehan kita untuk berfungsi adalah seperti tidak tidur langsung selama 1 atau 2 hari.

Pemakanan itu penting



Merangsang Tidur dengan Pemakanan memainkan peranan penting dalam memastikan tidur yang berkualiti. Untuk mendapatkan tidur yang tenang, pastikan tahap gula dalam darah adalah seimbang sepanjang masa .

Maknanya, makan secara tetap termasuklah mengambil makanan yang kaya protein, mengelakkan kopi dan makanan serta minuman yang manis terutamanya sebelum masuk tidur. Kekurangan kalsium dan magnesium boleh menyebabkan kesulitan tidur yang bertambah teruk. 

Tahap magnesium boleh berkurangan jika anda tertekan atau mengambil terlalu banyak gula. Makanan yang kaya magnesium ialah bijian penuh, kekacang, sayuran hijau dan makanan laut. Sumber kalsium yang baik pula ialah produk tenusu, sayuran hijau dan kekacang.

Semoga bermanfaat.
Tidur Kurang boleh membawa Maut Tidur Kurang boleh membawa Maut Reviewed by Solihin Wahid on Disember 03, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan