[Travel]

Tips Cara Kuruskan Badan - Benda Wajib Yang Sering Kita Lupa

Sekarang mungkin kita lihat banyak produk-produk di luar sana yang menawarkan anda produk menguruskan badan. Tapi tidak semuanya mujarab betul tak? majaroti lah kan. 

Kebergantungan sepenuhnya kepada produk bukanlah jalan terbaik untuk kurus dan mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Cara terbaik dan penting adalah dengan melalui pemakanan yang seimbang, rountine harian, senaman dan sebagainya.





Ini beberapa tips untuk kuruskan badan untuk korang follow:

1. Kene ada target untuk setkan minda 



Penting sebab inilah tujuan kita. Selepas anda buat keputusan untuk kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Letakkan sasaran, bukannya esok, lusa atau minggu depan baru nak mula bersenam. Berfikiran positif jika tidak nampaknya, anda salah seorang yang berfikiran sebegini, tidak akan kurus sampai bila-bila. Lebih baik, letak matlamat untuk kekal sihat.

2. Berdisiplin untuk kurus



Mana mugkin kan kalau nak berjaya tanpa usaha. Jadi anda kena lah berdisiplin untuk mencapai apa yang diinginkan. Contohnya anda buat lah jadual ke yang boleh bantu anda.

3. Banyakkan minum air masak





Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari. Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak.




4. Elakkan makan dan minum pada waktu malam



Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.

5. Elakkan makanan dan minuman bergula atau manis



Ini bukan untuk orang tua yang ada kencing manis atau ‘diabetes‘ sahaja. Ia penting untuk semua peringkat umur. Jauhkanlah minuman bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Minum air masak itu lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini semestinya dibuang.

6. Banyakkan makan buah buahan




Malaysia sungguh bertuah kerana berada di iklim Khatulistiwa. Terlalu banyak buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buah tropikal ini sangat mahal di negara asing. Hargai khazanah negara kita. Cara kuruskan badan yang efektif ialah dengan makan buah-buahan tempatan. Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang terlalu banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.




7. Makan dalam kuantiti yang kecil




Maknanya, makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali hadap. Simpan biskut dalam ‘handbag’ jika perlu. Pastikan ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi.

8. Banyakkan berjalan dan berjoging



Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, buang lemak dan menaikkan stamina. Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih ringan.

9. Komitmen pada tujuan asal



Ingat lagi tips yang pertama, iaitu set minda? Tidak guna selepas set minda untuk kurus, anda abaikan sahaja kerana rasa malas. Pokoknya, kena konsisten atau ‘istiqamah‘ dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.
Memandangkan ini cara kuruskan badan yang terakhir, harus diingatkan bahawa tidak guna kalau ‘exercise‘ seminggu, selepas itu kembali malas dan duduk-duduk sahaja selama sebulan. Tidak guna kalau diet seminggu, selepas itu melantak coklat sampai 3-4 bar. haha

Kesimpulan.

Pelbagai cara sebenarnya untuk kurus bukan? Semuanya bergantung kepada disiplin diri sendiri. Kalau bukan diri kita yang mendisplinkan diri sendiri, siapa lagi? 




Semoga bermanfaat..
Tips Cara Kuruskan Badan - Benda Wajib Yang Sering Kita Lupa Tips Cara Kuruskan Badan - Benda Wajib Yang Sering Kita Lupa Reviewed by Solihin Wahid on November 10, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan