Top Menu

Hill Park IJM Seremban 2 Height


Dengar-dengar ada yang menarik dekat seremban 2 ni. Orang seremban tak kan tidak tahu kan. Hahhh rupanya ada taman dinasour kat seremban 2 ni. So apa kata kita pusing-pusing kita tengok apa yang ada sebenarnya. Apa ada kat Hill Park IJM Seremban 2 Height ni??

Taman dinasour atau nama betul nya Hill Park  IJM S2 Height.  Kalau korang nak tahu taman ni terletak di seremban 2 di bangunkan dan selengara oleh IJM Land khusus untuk aktiviti rekreasi keluarga, bersantai dan untuk menikmati pelbagai aktiviti luar yang di sediakan kepada pengunjung.

Maklumat yang didapati Hill Park S2 Height ni dibuka untuk orang awam pada tahun 2013, berkeluasan 30 ekar, dan terletak di atas bukit di seremban 2, ketinggian pulak 162 meter di atas paras laut.





Mari kita lihat apa lagi yang menarik sangat kat Hill Park S2 Height ni. jomm..

Sebelum nak sampai ke  atas korang kena menapak jalan kaki dulu hingga ke atas sebab kereta tidak di benarkan ke atas buat masa ini, hanya kenderaan yang di dibenarkan sahaja naik ke atas. Tak jauh pun dalam 10 minit jer.


 

Sambil berjalan tu pon boleh lah santai tengok permandangan yang indah ni.sebab kawasan Hill Park ni dalam kawasan taman korang lalu lah depan taman saujana duta ni.











Hill Park ini terbahagi kepada 3 zone. Setiap zone di bahagikan ikut ketinggian. Yang bewarna hijau adalah zone 1, biru, zone 2 dan pink, zone 3.

Di zone 1, ada Playground for toddlers banyak tempat permainan menarik untuk anak-anak kecil. Walaupun di buka untuk umum hampir 3 tahun, taman permainan ini masih terjaga dan diselenggara dengan baik.




Di zone 2 pulak adalah Dinosaur Zone! Bagi yang tak pernah lihat  binatang dinasour korang boleh lah datang tengok kat sini. Tak payah susah-susah bayar maha-mahal pergi jurassic park.. Jangan risau semuanya jinak-jinak.. hahaa









Selain tu ada jugak tempat permainan untuk kanak-kanak di zone 2 ni macam kat atas ni korang boleh lah asah bakat anak-anak dengan climbing cube  ni ..sesuai untuk kanak-kanak yer.. selain itu ada jugak Flying Fox  untuk anak-anak tapi dengan bersama ibu bapa lah eah.







Tak macam seperti di zone 1 dan 2, di zone 3 adalah tempat untuk bersantai. Di sini disediakan tempat Picnic Pavilions berkelah, dan tempat duduk untuk pengunjung. Selain berehat dan bersantai korang boleh lihat view 360 daripada zone 3 ni.







Kalau rasa tak nak gunakan jalan untuk turun ke bawah, boleh gunakan jalan hutan yang di sediakan. Jalan hutan menghubungkan zone 3 dan zone 1.

Okay selesai pusing2 kat sini hope korang ada masa boleh singgah-singgah kat Hill Park s2 Height ni kan. Hill Park s2 Height di buka untuk umum setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 9 malam.

Catat Ulasan

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates