Top Menu

4 Senaman Kardio Yang Bakar Lemak

Percaya atau tidak inilah senaman utama untuk membakar lemak dalam badan. Senaman kardio (cardio workout) adalah apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh masa tertentu, pada intensiti tertentu. Apa sahaja yang membuatkan jantung kita berdegup lebih laju daripada biasa dan berpeluh dengan banyak berbanding biasa, dipanggil senaman kardio.




Ini antara Senaman kardio yang mampu kempiskan perut dan membakar lemak anda tu:

Berlari



Berlari tak sama dengan berjogging. Berjogging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang CUBA untuk menguruskan badan. Kesannya kita akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama.

Berjogging



Buat dalam tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur.

Berbasikal




Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurangnya 3 bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.

Berenang


Salah satu aktiviti kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Dan percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas.

Bersukan



Pilih sukan-sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya bermain badminton, bermain bola jaring, bermain bola lisut, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan.

Semoga bermanfaat.

Catat Ulasan

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates