[Travel]

Ini Sebenarnya Maksud Tersirat Perkataan XOXO


Mungkin korang pernah dengar ataupun mesti sudah tahu makna perkataan tu kan...
XOXO biasanya digunakan ketika bersms, e-mel, whatsapp mahupun surat untuk menunjuk perasaan gembira kita ataupun mengekspreasikan sebagai tanda persahabatan kepada si penerima.

Ungkapan XOXO merupakan perkataan yang bermaksud "Hugs and Kisses"
Sedikit info bagi sesiapa yang nak tahu lebih mendalam tentang makna perkataan XOXO ni...

Sejarah awal penggunaannya berlaku sekitar tahun 1901 yang diakui oleh English Oxford Dictionary dimana pada tahun tersebut bermulanya perletakan tanda XXX dibawah surat sebagai tanda ciuman yang menggantikan tanda tangan kepada mereka yang tidak pandai menulis.

Itulah sejarah tentang “X”.Ada juga yang berpendapat,X merupakan huruf yang merujuk kepada Salib yang juga selaku huruf pertama tulisan Yunani/Greek untuk Christ, Xristos.

Berkenaan sejarah tentang “O” pula,tidak banyak yang dapat dicungkil mengenainya.Kebiasaannya huruf “O” ini digunakan oleh masyarakat Amerika Utara yang membawa maksud pelukan terhadap orang lain.

Jadinya..


X            —>     Ciuman.
O            —>     Pelukan terhadap orang lain.
XOXO     =       Ciuman dan Pelukan.





Ada juga yang berpendapat “X” dan “O” bermaksud sebaliknya pula dimana “X” bermaksud pelukan dan “O” bermaksud ciuman. Namun yang pasti,keterangan di atas merupakan maklumat yang diterima oleh semua orang.



Fakta Yang Menarik:


Diawal penggunaan huruf ini sebagai penganti tandatangan dimana ketika itu populariti orang buta huruf tinggi ,orang Yahudi lebih cenderong untuk menggunakan “O” sebagai tanda ciuman berbanding orang Kristian yang menggunakan tanda “X” .


Ini kerana orang Yahudi berpendapat yang tanda “X” itu lebih menyerupai salib berbanding “O” yang lebih kelihatan seperti ciuman. Bagi kita pula,terpulanglah kepada anda semua sama ada ingin menggunakannya atau tidak kerana bagi PKE ,itu hanya sejarah.

XOXO maksudnya Hugs and Kisses…


sumber :  urbandictionary , springkarat
Ini Sebenarnya Maksud Tersirat Perkataan XOXO Ini Sebenarnya Maksud Tersirat Perkataan XOXO Reviewed by Solihin Wahid on Oktober 04, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan